Web Analytics
Honda Metropolitan 2024 di pasaran USA, harga $2,649.00 – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Honda Metropolitan 2024 di pasaran USA, harga $2,649.00

Bermula bulan Mei 2023 yang lepas, model skuter Honda Metropolitan 2024 telah ditawarkan di pasaran USA. Tampil dalam dua pilihan warna Matte Armored Green Metallic dan Blue Metallic, ianya boleh dimiliki dengan harga $2,649.00, bersamaan RM 12,325.80 mengikut nilai mata wang semasa.

Honda Metropolitan 2024 dilengkapi enjin 49cc dengan sistem penyejukan cecair, sistem suntikan bahan api PGM-FI dan dipadankan transmisi automatik V-Matic. Jumlah kuasa dan tork daripada enjin itu tidak pula diumumkan. Di bawah tempat duduknya tersedia ruang penyimpanan seluas 22 liter.

 
Arena Motosikal © 2023