Boon Siew Honda pada hari ini dengan rasminya melancarkan model terbaharu Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary Edition untuk pasaran Malaysia, dengan harga asas sebanyak RM 208,800.00. Model tersebut hanya tersedia dalam satu warna sahaja iaitu Pearl Glare White.
Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 30th Anniversary Edition dikuasakan enjin bersesaran 1,000cc (liquid-cooled, 4-stroke, 16-valve, DOHC, inline-4) dengan kuasa maksimum 214hp @ 14,500rpm dan tork maksimum 113Nm @ 12,500rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan.