Web Analytics
CFMOTO 450NK 2023 diperkenalkan di pasaran China – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

CFMOTO 450NK 2023 diperkenalkan di pasaran China

Bertempat di Beijing International Motorcycle Show pada tarikh 19hb. Mei 2023 baru-baru ini, CFMOTO dengan rasminya telah memperkenalkan beberapa buah model motosikal terbaharu. Salah sebuah daripadanya ialah model naked terbaharu CFMOTO 450NK 2023.

CFMOTO 450NK merupakan model kedua selepas CFMOTO 800NK, yang kini tampil dengan gaya rekaan generasi baharu. Ianya dikuasakan enjin 450cc (270-degree crankshaft parallel-twin engine) dengan kuasa maksimum 37kW dan tork 39Nm, membolehkannya memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh kurang 5 saat, dan mencapai kelajuan melebihi 100 km/j dalam gear kedua.

Artikel berkaitan : CFMOTO 450SR S 2023 rasmi dilancarkan di pasaran China

Sebagai sebuah model naked, CFMOTO 450NK menawarkan corak tunggangan dan pengendalian yang lincah, terutamanya di kawasan bandar yang sibuk. Antara ciri-ciri menariknya termasuklah Assist & Slipper Clutch, fork depan USD, sistem brek cakera, ABS Dual Channel, Traction Control System (TCS), dan panel meter digital 5.0 inci dengan paparan MotoPlay terbina dalam.

Tinggi tempat duduknya 795 mm, manakala berat hanya 165 kg (curb weight). Setakat ini harganya untuk pasaran China masih lagi belum diumumkan. Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan model ini akan turut dilancarkan oleh CFMOTO Malaysia, kemungkinan besar pada tahun depan.

 
Arena Motosikal © 2023