Suzuki Malaysia bakal melancarkan dua buah model baharu

Terkini : Suzuki Malaysia kini rasmi membuka tempahan untuk dua model terbaharu yang bakal dilancarkan iaitu Suzuki V-Strom 800DE dan Suzuki GSX-8S. Tarikh pelancaran kedua-dua model dikatakan pada 18hb. Jun 2023 akan datang, jadi sama-sama kita tunggu.

Suzuki Malaysia pada dua hari yang lepas telah memberikan bayangan bahawa mereka akan melancarkan dua buah model baharu tidak lama lagi. Melalui paparan imej teaser yang disiarkan, kedua-dua model berada di dalam segmen jalanan dan adventure.

Bagaimanapun oleh kerana tiada petunjuk yang jelas, diramalkan kedua-dua model itu ialah Suzuki GSX-8S 2023 dan Suzuki V-Strom 800DE 2023. Ramalan tersebut adalah berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pihak Suzuki Malaysia, seperti mana berikut :

  • Arouse your ‘DEsire’ for new frontier in adventure. Elevate your ‘Gr8est’ thrill of street performance.
  • Explore both worlds with the ultimate ‘Ride 8eyond 8oundaries’ soon. Stay tuned for more updates! ??

Suzuki GSX-8S dan Suzuki V-Strom 800DE dilengkapi enjin 776cc (4-stroke, 2-cylinder, liquid-cooled, DOHC), dengan kuasa maksimum masing-masing mencapai 82.9PS dan 84.3PS. Jumlah tork maksimum untuk kedua-duanya adalah sama iaitu 78Nm.

Harga jualan pula mungkin hampir sama dengan di pasaran UK, sebanyak £7,999.00 (RM 45,588.00) untuk GSX-8S, dan £10,499.00 (RM 59,836.02) untuk V-Strom 800DE. Apa pun kita nantikan tentang kemungkinan pelancaran kedua-dua model tersebut.

Galeri : Suzuki GSX-8S 2023

Galeri : Suzuki V-Strom 800DE 2023