Honda Grom 2024 diperkenalkan di pasaran USA

Pada tarikh 31hb. Mei 2023 baru-baru ini, Honda Grom 2024 dengan rasminya telah diperkenalkan di pasaran USA. Model mini tersebut ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Grom (Non-ABS), Grom SP ( Non-ABS), dan varian teratas Grom ABS.

Berikut ialah harga yang ditawarkan untuk ketiga-tiga varian Honda Grom 2024 :

Grom : $3,599.00
Grom SP : $3,699.00
Grom ABS : $3,799.00

Berikut pula ialah senarai warna yang tersedia untuk ketiga-tiga varian itu :

Grom : Pearl White, Blue Raspberry, Nitric Orange
Grom SP : Matte Gray Metallic
Grom ABS : Pearl White

Beralih ke aspek spesifikasi, Honda Grom 2024 masih sama seperti mana model tahun sebelumnya. Antaranya dilengkapi enjin bersesaran 123.9cc (air-cooled, SOHC, 2-valve) dengan teknologi PGM-FI dan transmisi manual lima kelajuan. Jumlah kuasa dan tork tidak pula diumumkan.

Spesifikasi menarik lain seperti fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, tangki bahan api 6.0 liter, saiz tayar 120/70-12 (depan) dan 130/70-12 (belakang), dan ketinggian tempat duduk serendah hanya 762 mm.

Turut tersedia ialah panel meter digital dan lampu depan dan belakang LED. Bagi varian ABS, sistem brek itu beroperasi melalui sistem IMU (inertial measurement unit), untuk agihan operasi pemberhentian dari brek depan ke belakang yang lebih tepat.