Honda GB350 dan GB350 S 2023 terima pilihan warna baharu di pasaran Jepun

Pada tarikh 26hb. Mei 2023 baru-baru ini, Honda telah memperkenalkan model Honda GB350 2023 dan Honda GB350 S 2023 untuk pasaran Jepun. Berbanding model tahun sebelumnya, kedua-dua model tersebut kini telah menerima pilihan warna baharu.

Bagi model GB350, pilihan warna baharunya ialah Matte Pearl Glare White, di samping dua warna terdahulu Matte Pearl Morion Black dan Matte Jeans Blue Metallic. GB350 S pula menerima warna baharu Puko Blue, yang ketika ini ditawarkan dengan dua pilihan warna musim sebelumnya iaitu Pearl Deep Mud Gray dan Gunmetal Black Metallic.

Menurut Honda, kedua-dua model bergaya klasik moden itu juga kini telah mematuhi piawaian emisi paling terkini di pasaran Jepun. Di bahagian enjin, kedua-duanya tampil dalam sesaran 348cc (air-cooled 4-stroke OHC single cylinder). Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan transmisi lima kelajuan bersama-sama Assist & Slipper Clutch.

Jumlah kuasa yang dihasilkan mencapai 20PS @ 5,500rpm dengan tork puncak 29Nm @ 3,000rpm. Spesifikasi lain termasuklah tangki bahan api 15 liter, Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem brek ABS, sistem lampu LED, dan panel meter analog dan digital. Berikut ialah senarai harga jualan yang ditawarkan untuk pasaran Jepun :

  • 2023 Honda GB350 : 561,000 Yen (RM 18,271.38)
  • 2023 Honda GB350 S : 605,000 Yen (RM 19,704.43)

Galeri : 2023 Honda GB350 (Japan)

Galeri : 2023 Honda GB350 S (Japan)