Yamaha Ténéré 700 World Rally 2023 diperkenalkan dengan warna bersejarah Trophy Blue

Yamaha baru-baru ini telah memperkenalkan jentera adventure terbaharu Yamaha Ténéré 700 World Rally 2023, dengan warna bersejarah Trophy Blue. Inspirasi warna tersebut datangnya daripada jentera milik Stéphane Peterhansel dalam perlumbaan Dakar Rally 1993.

Di samping itu, ianya juga dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi berprestasi tinggi dan canggih, seperti mana dalam senarai berikut :

  • Lightweight Akrapovič slip-on muffler
  • 23-litre capacity dual side-mounted fuel tanks
  • High specification 43 mm KYB front forks, 230 mm travel
  • Öhlins adjustable steering damper
  • Aluminium piggyback rear shock, long 220mm travel
  • Dedicated 2-piece flat rally seat
  • 5-inch colour TFT meter with smartphone connectivity and 3 themes
  • 3-mode switchable ABS
  • Dedicated World Rally side grip pads

Yamaha Ténéré 700 World Rally 2023 dilengkapi enjin 689cc (2-Cylinder, Liquid-cooled, DOHC, 4-valves) dengan padanan transmisi enam kelajuan. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 74.8PS @ 9,000rpm dengan tork puncak 69Nm @ 6,500rpm.

Sistem brek cakera depan dan belakang tampil dengan diameter 282 mm dan 245 mm, dan rodanya bersaiz 90/90-21 dan 150/70-18. Tinggi tempat duduk 890 mm, dan jarak kelegaan tanah 255 mm. Berat keseluruhan jentera adventure jarak jauh itu mencapai angka 219 kg.