Web Analytics
GPX Drone 150 2023 di pasaran Thailand terima warna baharu Midnight Blue – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

GPX Drone 150 2023 di pasaran Thailand terima warna baharu Midnight Blue

GPX Drone 150 2023 sebelum ini dilancarkan di pasaran Thailand pada bulan Oktober 2022, dengan lima pilihan warna iaitu Lightning Blue (Standard), Master Green dan Energetic Red (Keyless), dan Deep Wine dan Hyper Silver (Keyless Special).

Terkini pada penghujung bulan Mei 2023 yang lepas, model skuter tersebut kini tampil dengan satu lagi pilihan warna menarik iaitu Midnight Blue, bagi varian Keyless Special. Ini menjadikan varian Keyless Special kini mempunyai tiga pilihan warna kesemuanya.

Selain daripada pilihan warna baharu, spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang ditawarkan untuk GPX Drone 150 2023 masih kekal sama. Antaranya enjin bersesaran 149.6cc (1-cylinder, 4-stroke, 4-valves, liquid cooled, fuel injection) yang dipadankan sistem transmisi CVT.

Turut melengkapinya ialah tangki bahan api 7.5 liter, ruang penyimpanan 18 liter, soket pengecas USB, panel meter digital, sistem lampu LED, dan brek cakera dengan CBS (Combined Braking System). Untuk pasaran Thailand, harga yang ditawarkan bermula dari THB 77,500.00 (RM 10,281.67).

 
Arena Motosikal © 2023