Di pasaran ketika ini, Yamaha menawarkan model retro Yamaha XSR900 2022 dengan gaya dan reka bentuk yang cukup menawan. Bagaimanapun tidak semua yang mampu memiliki model tersebut, sama ada kerana harga atau pasarannya yang tidak meluas.
Oleh itu Young Machine baru-baru ini telah membuat lakaran model terbaharu Yamaha XSR250, berpandukan dua model keluaran Yamaha iaitu Yamaha MT-25 dan Yamaha XSR900. Oleh itu, adakah Yamaha XSR250 bakal menjadi realiti pada masa depan?
Setakat ini belum ada maklumat rasmi mengenai kemungkinan wujudnya pembangunan model Yamaha XSR250, namun ianya tidak mustahil. Jika menjadi kenyataan, model itu akan menjadi pilihan terbaharu di samping dua model Yamaha XSR155 dan Yamaha XSR125.
Jika Yamaha melancarkan XSR250, model tersebut dijangka akan mendapat perhatian daripada ramai peminat, terutamanya di pasaran Jepun dan Asia Tenggara. Diharapkan Yamaha akan mengambil perhatian mengenai cadangan daripada Young Machine itu.