Di pasaran Eropah, salah sebuah model terbaharu yang diperkenalkan oleh MBPMoto ialah MBP C1002V 2023, iaitu sebuah model cruiser yang tampil sporty dan kelihatan premium. Model itu kemudiannya didatangkan tiga pilihan warna yang menarik.
Menurut maklumat di dalam laman sesawang MBPMoto, MBP C1002V telah ditawarkan di pasaran Eropah mulai suku pertama tahun 2023. Enjinnya bersesaran 997cc (V-twin, 2-cylinder, DOHC) dengan transmisi enam kelajuan dan pacuan akhir jenis belt.
Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 95.17hp @ 7,600rpm dengan tork 102Nm @ 6,500rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 22 liter, dan berat keringnya 262 kg. Sistem suspensi depan dan belakangnya berjenama KYB dengan ciri pelarasan prabeban.
Sistem brek daripada J.Juan, lengkap dengan ABS Dual Channel. Saiz tayar depan dan belakangnya masing-masing 130/70-18 dan 240/40-18. Selain itu ialah panel TFT LCD 5.0 inci dengan MCU (Moto Connectivity Unit), dan sistem lampu LED sepenuhnya.