Ducati Monster SP 2023 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM 98,900.00

Selain daripada model Ducati Panigale V4 R 2023, pasaran Malaysia pada yang sama turut menerima pelancaran model naked Ducati Monster SP 2023. Tampil dalam hanya satu skim warna, harga jualannya di pasaran Malaysia ialah sebanyak RM 98,900.00.

Dikuasakan enjin 937cc (Testastretta 11°, V2 – 90°, 4 valves per cylinder, desmodromic valvetrain, liquid cooled), prestasinya mencapai 111hp @ 9,250rpm dengan tork 93Nm @ 6,500rpm. Sistem transmisinya ialah enam kelajuan dengan Quick Shift Up & Down.

Berbanding varian standard, Monster SP dilengkapi fork depan Öhlins boleh laras sepenuhnya, kaliper brek Brembo Stylema, silencer ekzos Termignoni, tayar berprestasi tinggi Pirelli Diablo Rosso IV, steering damper, bateri lithium-ion, dan beratnya 186 kg.

Spesifikasi canggih lain termasuk Riding Mode (Sport, Touring & Wet), ABS Cornering, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, dan Launch Control. Turut melengkapi ialah paparan TFT 4.3 inci berwarna, dan kapasiti penuh tangki bahan apinya 14 liter.