KTM BRABUS 1300 R Edition 23 tiba di Malaysia, harga asas RM 430,000.00

Salah sebuah model terbaharu yang hangat diperkatakan sebelum ini ialah KTM BRABUS 1300 R Edition 23. Model berkenaan hanya ditawarkan dalam jumlah terhad 290 unit (145 unit bagi setiap warna Stealth Gray dan Superblack) sahaja untuk pasaran global.

Menariknya ialah pasaran Malaysia juga menerima pelancaran model bertaraf kayangan itu, dengan harga asas RM 430,000.00. Namun apa yang menjadikan ramai peminat motosikal di Malaysia terkilan ialah hanya satu unit sahaja ditawarkan, dan ianya telah pun terjual.

Bagaimanapun berdasarkan status di dalam laman Facebook rasmi KTM Malaysia, model tersebut ketika ini masih boleh dilihat dari jarak dekat oleh peminat dan orang ramai, di KTM Premium Dealer Penang (TKC Motor Shop). Jadilah walau hanya sekadar mampu melihat.

KTM BRABUS 1300 R Edition 23 ini terhasil daripada kerjasama antara KTM dan BRABUS, dan diasaskan daripada model KTM 1290 SUPER DUKE R EVO. Ianya dikuasakan enjin bersesaran 1,301cc dan menjana 180hp @ 9,500rpm dengan tork 140Nm @ 8,000rpm.

Brabus Exclusive Premium Touches :

  • BRABUS Sign of Excellence “1 of 145”
  • WP APEX Semi-active suspension including SUSPENSION PRO package
  • BRABUS CNC-machined triple clamp
  • BRABUS Monoblock Z lightweight 9-spoke “Platinum Black” forged wheels
  • Exclusive BRABUS Slip-On double-pipe exhaust
  • BRABUS CNC-machined front brake and clutch lever
  • BRABUS CNC-machined adjustable racing foot pegs system
  • BRABUS CNC-machined reservoirs and oil tank caps
  • BRABUS custom-made heated seat
  • BRABUS carbon fiber air ducts
  • BRABUS carbon fiber headlight mask
  • BRABUS carbon skid plate
  • BRABUS pillion seat cover