Pada bulan Oktober 2022 yang lepas, Honda telah memperkenalkan empat buah model dalam siri CB1300 untuk pasaran domestik Jepun, seperti mana senarai di bawah :
- Honda CB1300 SUPER FOUR 2023
- Honda CB1300 SUPER BOL D’OR 2023
- Honda CB1300 SUPER FOUR SP 2023
- Honda CB1300 SUPER BOL D’OR SP 2023
Untuk musim 2023, CB1300 SUPER FOUR dan CB1300 SUPER BOL D’OR dilengkapi warna Digital Silver Metallic dengan jalur biru sporty dan lengan ayun black anodized.
Bagi model CB1300 SUPER FOUR SP dan CB1300 SUPER BOL D’OR SP, ianya hadir dengan skim warna Pearl Hawks Eye Blue dengan penutup crankcase matte black.
Selain itu, kelebihan pada Honda CB1300 SUPER FOUR SP 2023 dan Honda CB1300 SUPER BOL D’OR SP 2023 ialah sistem suspensi Öhlins dan brek depan Brembo.
Di bahagian enjin, keempat-empat model retro itu dikuasakan enjin bersesaran 1,284cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valve, in-line 4-cylinder) dengan transmisi 6-kelajuan.
Enjin itu menjana kuasa maksimum 113PS @ 7,750rpm dengan tork maksimum 112Nm @ 6,250rpm. Berat SUPER FOUR ialah 266 kg, dan berat SUPER BOL D’OR 272 kg.
Kapasiti tangki bahan api yang dibekalkan 21 liter, dan tinggi tempat duduk 780 mm dan 790 mm. Saiz tayar depan dan belakang masing-masing 120/70ZR17 dan 180/55ZR17.
Untuk pasaran domestik Jepun, harga jualan yang ditawarkan bermula dari 1,562,000 Yen, bersamaan nilai RM 51,356.98, untuk model Honda CB1300 SUPER FOUR 2023.
Bagi varian teratas iaitu Honda CB1300 SUPER BOL D’OR SP 2023, harga jualannya ialah sebanyak 2,046,000 Yen, bersamaan nilai RM 67,270.41 mengikut kadar semasa.