Web Analytics
Ducati Monster 2024 terima warna baharu Iceberg White – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Ducati Monster 2024 terima warna baharu Iceberg White

Selepas model Ducati SuperSport 950 S 2024 diperkenalkan dengan warna baharu Stripe Livery, kini tiba giliran model Ducati Monster 2024 yang menerima warna baharu Iceberg White. Jualannya di pasaran Eropah akan bermula pada bulan Jun 2023 ini.

Ducati Monster generasi baharu diperkenalkan pada penghujung tahun 2020 yang lalu, dikuasakan enjin 937cc (Testastretta 11°, V2 – 90°, 4 valves per cylinder, desmodromic valvetrain, liquid cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan Quick Shift Up & Down.

Enjin itu menghasilkan 111hp @ 9,250rpm dengan tork maksimum 93Nm @ 6,500rpm. Pelbagai ciri-ciri menarik lainnya seperti Riding Modes (Sport, Touring and Urban), ABS Cornering, Traction Control, Wheelie Control, dan termasuklah sistem Launch Control.

Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah panel TFT 4.3 inci, sistem lampu LED dengan DRL, lampu penunjuk arah Dynamic, soket pengecas USB, fork depan upside-down 43 mm, suspensi belakang monoshock boleh laras, dan brek depan Brembo 320 mm.

Ducati Monster berdiri di atas sepasang tayar bersaiz 120/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang). Tinggi tempat duduknya 820 mm, dan berat kering hanya 166 kg. Selain itu, dua pilihan warna menarik lain bagi musim 2024 ialah Ducati Red dan Aviator Grey.

 
Arena Motosikal © 2023