Jentera supermoto terbaharu Husqvarna FS 450 2024 baru saja diperkenalkan, dengan harga asasnya di pasaran USA adalah sebanyak USD 11,999.00 (RM 55,207.40).
Enjinnya 449.9cc (1-cylinder, 4-stroke) dengan transmisi lima kelajuan, dan mempunyai tangki bahan api berkapasiti 7.2 liter. Beratnya (tanpa bahan api) hanyalah 107.6 kg.
Pelbagai spesifikasi menariknya seperti tempat duduk bercengkaman tinggi, fork depan WP XACT USD 48 mm, suspensi WP XACT Monoshock, dan sistem brek Brembo.
Ciri-ciri lain termasuk Map Select Switch, Quickshifter, Traction Control, Launch Control, ProTaper handlebar, dan sistem penghidup elektrik dengan bateri ringan Li-Ion 2.0 Ah.