Web Analytics
Honda EM1 e: 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah – Arena Motosikal

Arena Motosikal

Informasi Motosikal Terkini

Honda EM1 e: 2023 diperkenalkan di pasaran Eropah

Honda EM1 e: 2023 baru-baru ini diperkenalkan di pasaran Eropah, dengan tiga pilihan warna Pearl Sunbeam White, Digital Silver Metallic dan Matte Ballistic Black Metallic.

Merupakan sebuah skuter elektrik, ianya dilengkapi bateri Honda Mobile Power Pack e: 50.3V, yang menghasilkan kuasa maksimum 1.7kW dengan tork maksimum 90.0Nm.

Bateri itu boleh ditukar ganti untuk dicas di dalam rumah dengan mudah. Tempoh masa pengecasan sehingga penuh kira-kira 6 jam, dengan jarak perjalanan sekitar 41.3km.

Spesifikasi lain ialah brek cakera depan, lampu LED, meter digital LCD, pengecas USB, ruang storan di bawah tempat duduk, dan tayar yang bersaiz 90/90-12 dan 100/90-10.

 
Arena Motosikal © 2023