Pra-tempahan Honda ADV350 2023 kini dibuka di Singapura

Pada beberapa hari yang lepas, laman Facebook Boon Siew Singapore Honda dengan rasminya mengumumkan pra-tempahan untuk Honda ADV350 kini telah dibuka.

Pada masa yang sama, paparan model tersebut di dalam laman sesawang Boon Siew Singapore telah muncul, namun masih diletakkan dengan kapsyen ‘coming soon’.

Setakat ini belum dapat dipastikan bilakah model skuter itu akan dilancarkan di pasaran Singapura. Yang pasti ianya dijangkakan lebih awal berbanding pasaran Malaysia.

Untuk pasaran Malaysia, setakat ini terdapat maklumat yang mengatakan varian model yang akan dilancarkan nanti ialah Honda ADV350, dan bukannya Honda ADV250.

Maklumat itu mungkin benar, kerana segmen skuter 250cc akan diisi oleh Honda Forza 250 2023. Oleh itu mungkin tidak perlu sebuah lagi model skuter 250cc dilancarkan.