Kiden KD200-G 2023 kini di pasaran China, harga RM 9,283.61

Model terbaharu Kiden KD200-G 2023 kini diperkenalkan di pasaran China, dalam pilihan dua warna menarik dan harga sebanyak 14,300.00 CNY, bersamaan RM 9,283.61.

Enjinnya 198cc (single cylinder, SOHC, liquid cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan slipper clutch, dan menjana 21.9hp @ 9,000rpm dengan tork 19Nm @ 7,000rpm.

Model tersebut seterusnya dilengkapi fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, dan kapasiti tangki bahan api 20 liter.

Ciri-ciri lain pada Kiden KD200-G 2023 termasuklah tinggi tempat duduk 770 mm, ukuran tayar depan dan belakang 110/70-17 dan 130/70-17, dan juga sistem lampu LED.

Model dengan berat 152 kg (curb weight) itu turut dilengkapi port USB jenis Type A dan Type C (fast charging), panel digital LCD, dan sistem pemantauan tekanan tayar.

Untuk makluman, pasaran Malaysia juga menawarkan model mirip Kiden KD200-G 2023 ini, iaitu Zontes ZT155G. Harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 12,000.00.