Lexmoto XDV 300 2023 kini di pasaran UK, harga £4,699.99

Pasaran UK kini menerima pelancaran model skuter adventure terbaharu iaitu Lexmoto XDV 300 2023, dengan harga jualan sebanyak £4,699.99, bersamaan RM 26,581.11.

Jika anda merasakan pernah melihat model itu, ianya adalah kerana pasaran Malaysia sebelum ini turut ditawarkan dengan model yang sama iaitu WMoto XDV250i 2023.

Namun Lexmoto XDV 300 dilengkapi enjin yang lebih besar bersesaran 279cc, dengan kuasa maksimum 25.5hp (19.0kW) @ 8,250rpm dan tork puncak 24Nm @ 7000rpm.

Spesifikasi lain adalah sama, seperti kapasiti tangki petrol 13.5 liter, fork depan terbalik, suspensi belakang KYB dengan tabung gas dan pelarasan prabeban, tayar 110/70-R13 dan 130/70-R13, sistem keyless, paparan meter digital LCD, dan sistem lampu LED.

Turut melengkapi ialah sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, soket pengecas telefon bimbit dan gajet, dan ruang simpanan di bawah tempat duduk seluas 26 liter.

Untuk pasaran UK, Lexmoto XDV 300 2023 ini hanya tersedia dalam pilihan warna biru sahaja. Pilihan aksesori berupa tiga kotak barangan di belakangnya juga ditawarkan.