Italjet Dragster Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan tawaran rebat tunai menarik sebanyak RM 3,000.00, untuk semua model keluarannya di pasaran tempatan.
Setakat ini terdapat dua model motosikal yang ditawarkan oleh Italjet Dragster Malaysia iaitu Italjet Dragster 125 dan Dragster 200, yang dilancarkan pada Oktober 2022.
Sewaktu pelancaran, kedua-dua model tersebut ditawarkan dengan harga asas masing-masing sebanyak RM 29,500.00 dan RM 34,800.00, yang dikatakan agak premium.
Namun kini dengan tawaran rebat tunai sebanyak RM 3,000.00, harga untuk kedua-dua model skuter yang bergaya sporty dan ranggi itu telah menjadi semakin berpatutan.
Menurut Italjet Dragster Malaysia, tempoh sah bagi tawaran rebat tunai itu bermula dari tarikh 15hb. Mei 2023 sehingga 14hb. Julai 2023, iaitu dalam tempoh 2 bulan sahaja.
Untuk anda yang mungkin telah lama meminati model skuter Italjet Dragster ini, jangan lepaskan peluang menarik ini dan tempah segera di cawangan pengedar berdekatan.