Pasaran Malaysia baru-baru ini bukan saja telah menerima pelancaran model terbaharu BMW R 1250 R 2023, malah juga model kembarnya iaitu BMW R 1250 RS 2023.
Bagi R 1250 R, ianya merupakan sebuah model naked, manakala R 1250 RS pula ialah sebuah model sports tourer, dengan harga tanpa insuran sebanyak RM 118,500.00.
Dari segi spesifikasi, kedua-dua model itu mempunyai persamaan. Ini termasuklah enjin bersesaran 1,254cc dengan kuasa 136hp @ 7,750rpm dan tork 143Nm @ 6,250rpm.
Namun berat BMW R 1250 RS 2023 mencapai 243 kg, berbanding berat BMW R 1250 R 2023 iaitu 239 kg. Kapasiti maksimum tangki bahan api kekal pada angka 18 liter.
Spesifikasi lain seperti panel meter TFT dengan BMW Motorrad Connectivity, Dynamic Traction Control (DTC), Integral ABS Pro (lean-optimised ABS), 3 mod tunggangan iaitu Eco, Rain dan Road, Hill Start Control (HSC), dan juga Dynamic Brake Control (DBC).
Juga terdapat kemudahan soket pengecas DC 12V dan pengecas USB Type A. Tempat duduk untuk kedua-dua model tersebut pula datang dengan paras ketinggian 820 mm.
BMW Motorrad menawarkan BMW R 1250 RS 2023 ini untuk pasaran Malaysia dengan dua pilihan warna iaitu Sport dan Triple Black. Jadi, yang mana satu pilihan anda?