Kawasaki KLX140R 2023 kini ditawarkan di pasaran Malaysia

Kawasaki Malaysia baru-baru ini rasmi melancarkan dua buah model motocross baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Kawasaki KX250 2023 dan Kawasaki KX250X 2023.

Pada masa yang berdasarkan paparan di dalam laman sesawang syarikat tersebut, kini terdapat sebuah lagi model baharu yang dilancarkan iaitu Kawasaki KLX140R 2023.

Namun harga untuk jentera yang dikhususkan untuk kanak-kanak itu buat masa ini tidak diketahui, mungkin ianya akan diumumkan secara rasmi dalam masa yang terdekat.

Secara ringkasnya, Kawasaki KLX140R 2023 ini dikuasakan enjin 144cc (Air-cooled, 4-stroke Single, SOHC, 2 valves) dengan teknologi penyampaian bahan api karburetor.

Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan transmisi lima kelajuan. Sistem suspensinya terdiri daripada fork depan teleskopik dan ‘Uni Trak Swingarm’ di bahagian belakang.

Sistem brek depan menggunakan cakera 192 mm dengan kaliper dua piston, manakala sistem brek belakangnya menggunakan cakera 150 mm dengan kaliper jenis tunggal.

Dengan tayar depan dan belakang masing-masing berukuran 70/100-17 dan 90/100-14, tinggi tempat duduk Kawasaki KLX140R 2023 mencapai paras ketinggian 780 mm.

Jarak kelegaan bumi jentera motocross itu 235 mm. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti maksimum 5.8 liter, dan telah menyumbang kepada berat 93 kg (curb mass).