Zontes 350M 2023 di pasaran China, harga RM 18,652.43

Zontes baru-baru ini telah memperkenalkan model skuter Zontes 350M 2023 di pasaran China, dengan harga jualan sebanyak CNY 28,800, bersamaan nilai RM 18,652.43.

Model itu tampil dengan empat pilihan warna yang menarik, dan dikuasakan enjin 349cc (single cylinder, liquid cooled, SOHC, Bosch EFI) dengan transmisi automatik CVT.

Jumlah kuasa yang dihasilkan mencapai paras 36.2hp @ 7,500rpm dengan tork puncak 38Nm @ 6,000rpm. Tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti maksimum 12 liter.

Zontes 350M 2023 dilengkapi fork depan teleskopik dan suspensi belakang berkembar. Sistem breknya pula merupakan jenis cakera, lengkap dengan ABS Dual Channel.

Tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-15 dan 140/70-14. Tinggi tempat duduk dan jarak kelegaan bumi masing-masing 760 mm dan 150 mm. Berat keringnya 177 kg.

Ciri-ciri menarik lain termasuklah mod tunggangan Eco dan Sport, sistem keyless, skrin TFT dengan sambungan ke telefon pintar, dan pengecas USB Type A dan Type C.

Selain itu ialah sistem lampu LED, tuil brek dengan fungsi parking, sistem pemantauan tekanan tayar, Traction Control System (TCS), dan ruang storan yang cukup luas.

Di samping Zontes 350M 2023 ini, Zontes turut menawarkan model skuter yang hampir serupa iaitu Zontes 350D 2023 di pasaran China, dengan harga yang juga sama.