Yamaha Indonesia Motor Mfg. baru-baru ini rasmi melancarkan model moped Yamaha MX King 150 2023, yang kini tampil dengan kemaskini warna dan jalur grafik baharu.
Tiga pilihan warna baharu itu ialah Red, Cyan dan Blue. Harga jualan yang ditawarkan pula adalah sebanyak Rp. 25,870,000, bersamaan nilai RM 7,861.89 (kadar semasa).
Aspek spesifikasi teknikal dan ciri-ciri pada Yamaha MX King 150 2023 masih lagi kekal sama seperti model mana tahun sebelumnya, tanpa sebarang naik taraf terbaharu.
Imbas kembali, model moped popular tersebut mempunyai enjin yang berkapasiti 150cc (liquid-cooled, 4-stroke, SOHC) dan dipadankan dengan sistem transmisi 5-kelajuan.
Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 15.15hp @ 8,500rpm, dengan tork maksimum 13.8Nm @ 7,000rpm. Tangki bahan apinya kemudian hadir dengan kapasiti 4.2 liter.
Antara ciri-ciri menarik lain pada Yamaha MX King 150 2023 ini ialah lampu depan LED, panel meter digital, rangka yang ringan, tayar bersaiz lebar, dan lampu kecemasan.
Sementara itu di pasaran Malaysia, model yang sama iaitu Yamaha Y15ZR 2023 turut menerima kemaskini warna baharu yang menarik pada Disember 2022 yang lepas.