Bermula bulan April 2023 baru-baru ini, pasaran USA telah menerima model ‘dual-sport’ terbaharu iaitu Honda XR150L 2023, dalam dua pilihan skim warna Black dan White.
Harga yang ditawarkan untuk model tersebut ialah sebanyak $2,971.00, bersamaan RM 13,348.70 berdasarkan nilai mata wang semasa. Honda XR150L 2023 dikuasakan enjin bersesaran 149cc (air-cooled single-cylinder four-stroke, OHC; two valves per cylinder ).
Enjin dengan sistem ’22 mm piston-valve carburetor’ itu seterusnya dipadankan dengan transmisi lima kelajuan. Jumlah kuasa dan tork maksimumnya pula tidak diumumkan.
Spesifikasi lengkapnya yang lain termasuklah fork depan teleskopik, suspensi belakang ‘Pro-Link single shock with adjustable spring preload’, brek cakera depan dan brek dram belakang, dan tayar depan dan tayar belakang yang bersaiz 90/90-19 dan 110/90-17.
Honda XR150L 2023 yang sesuai untuk aktiviti off-road di hujung minggu ini mempunyai tangki bahan api 10 liter, dan berat keseluruhannya (kerb weight) 128 kg (282 pounds).