Honda XL750 Transalp 2023 dilancarkan di pasaran Thailand

Pada bulan Mac 2023 yang lepas, sebuah model adventure serba baharu Honda XL750 Transalp 2023 dengan rasminya telah dilancarkan di pasaran negara jiran Thailand.

Model tersebut tampil dengan dua pilihan warna menarik iaitu Ross White Tricolour dan Mat Ballistic Black Metallic. Untuk pasaran Thailand, harga jualannya ditetapkan bermula dari THB 389,000.00, bersamaan nilai RM 51,506.99 mengikut kadar mata wang semasa.

Sementara itu di pasaran Malaysia, ianya juga dikhabarkan akan dilancarkan tidak lama lagi, mungkin pada tahun 2023 atau 2024, dengan jangkaan harganya sekitar RM 70k.

Melihat ke bahagian spesifikasi, Honda XL750 Transalp ini dikuasakan enjin bersesaran 755cc (liquid-cooled, OHC, 4-stroke, 8-valve, parallel twin with 270° crank and Unicam), yang dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.

Enjin berprestasi itu menjana kuasa maksimum 90.5hp @ 9,500rpm dengan tork 75Nm @ 7,250rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya memiliki tangki bahan api 16.9 liter.

Melengkapkan spesifikasinya termasuklah fork depan Showa 43 mm SFF-CA, suspensi belakang Pro-Link, sistem brek cakera dengan ABS dua saluran, tayar bersaiz 90/90-21 dan 150/70-18, panel TFT 5.0 inci berwarna, sistem lampu LED, dan pengecas USB.

Ciri-ciri menarik lain merangkumi sistem Throttle By Wire (TBW), lima mod tunggangan Sport, Standard, Rain, Gravel & User, Engine Power (EP), Engine Brake (EB), dan juga Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang berintegrasi dengan Wheelie Control.

Tidak dilupakan ialah Honda Smartphone Voice Control (HSVCs), lampu penunjuk arah ‘auto-cancel’, dan Emergency Stop Signal (ESS) untuk tahap keselamatan lebih baik.