BMW K 1600 GTL 2023 kini di Malaysia, harga RM 183,500.00

Selain daripada BMW K 1600 GT 2023, turut dilancarkan ialah BMW K 1600 GTL 2023, dengan harga jualan asas sebanyak RM 183,500.00 (tidak termasuk kos insuran).

Untuk pasaran Malaysia, BMW K 1600 GTL 2023 ditawarkan warna Style Exclusive dan Black Storm Metallic, dan Option 719 Meteoric II Dust Metallic sebagai warna pilihan.

Berbanding model BMW K 1600 GT, BMW K 1600 GTL hadir dengan kelengkapan yang lebih premium iaitu Audio System 2.0 dan kotak barangan (top case) yang eksklusif.

Spesifikasi lain untuk kedua-dua model tersebut adalah sama, antaranya enjin 1,649cc dengan kuasa maksimum 160hp @ 6,750rpm dan tork setinggi 180Nm @ 5,250rpm.

BMW K 1600 GTL 2023 seterusnya turut dibekalkan kapasiti tangki bahan api 26.5 liter, sementara berat keseluruhannya berada pada angka yang lebih tinggi iaitu 358 kg.