Model naked terbaharu Honda CB 300F Twister 2023 baru-baru ini rasmi dilancarkan di pasaran Brazil, dalam dua pilihan varian iaitu dengan sistem brek CBS dan ABS.
Bagi varian CBS, dua pilihan warnanya ialah Metallic Gray dan Red. Sementara itu bagi varian ABS, ianya boleh didapati dengan dua pilihan warna Metallic Gold dan Red.
Berikut ialah senarai harga yang ditawarkan untuk kedua-dua varian tersebut :
- Varian CBS : R$ 18,900.00 (RM 17,232.61)
- Varian ABS : R$ 19,800.00 (RM 18,053.21)
Honda CB 300F Twister 2023 dikuasakan enjin 293.5cc (OHC, single-cylinder, 4-stroke, air-cooled) dengan teknologi bahan api PGM-FI dan sistem transmisi enam kelajuan.
Dengan teknologi Flex One, enjin itu boleh menggunakan bahan api petrol dan ethanol, masing-masing dengan janaan kuasa 24.5hp @ 7,500rpm dan 24.7hp @ 7,500rpm.
Tangki bahan apinya pula berkapasiti 14.1 liter. Di bahagian casis, ianya dilengkapi fork depan teleskopik dan suspensi monoshock, dengan brek cakera depan dan belakang.
Tayar depan dan belakangnya masing-masing bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17. Tinggi tempat duduk 789 mm, dan berat model naked tersebut hanyalah 139 kg (dry weight).
Pelbagai ciri-ciri menarik melengkapi Honda CB 300F Twister 2023 ini, antaranya ialah Slipper Clutch, sistem lampu LED, panel meter digital dan juga port pengecas USB.