Model Benelli TRK 502 2023 kini telah menerima kemaskini warna dan grafik terbaharu untuk pasaran Eropah, antaranya ialah Glossy Forest Green dan Anthracite Grey.
Menurut Benelli, model adventure berkenaan juga tampil dengan dua lagi pilihan warna baharu iaitu White dan Blue, namun tiada paparan gambar untuk kedua-dua warna itu.
Enjinnya bersesaran 500cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves, DOHC) dan patuh piawaian emisi Euro 5, dengan gandingan sistem transmisi enam kelajuan.
Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 47.6hp @ 8,500rpm, dengan tork puncak 46Nm @ 6,000rpm. Model seberat 235 kg itu dilengkapi tangki petrol 20 liter.
Model itu seterusnya dilengkapi fork depan USD, suspensi belakang mono, sistem brek cakera dengan ABS, sistem lampu LED, dan tayar bersaiz 120/70-17 dan 160/60-17.