Di pasaran India, model sport bike Kawasaki Ninja 400 2023 ditawarkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu Lime Green (KRT Edition) dan Metallic Carbon Gray.
Harga jualan yang ditetapkan untuk model tersebut ialah sebanyak Rs. 5,19,000.00, bersamaan nilai RM 28,209.78 mengikut kadar tukaran nilai mata wang semasa.
Di bahagian enjin, ianya dikuasakan enjin 399cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 4 valves) dengan transmisi enam kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch.
Enjin berprestasi yang patuh piawaian emisi Euro 5 itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 45PS @ 10,000rpm, dengan tork maksimum 37Nm @ 8,000rpm.
Antara ciri-ciri menarik pada Kawasaki Ninja 400 2023 ini termasuklah kerangka trellis yang ringan, brek cakera depan 310 mm, dan tangki bahan api dengan kapasiti 14 liter.
Model tersebut seterusnya turut dilengkapi lampu depan LED berkembar, panel meter gabungan analog dan digital, dan berat keseluruhan hanya 168 kg (curb weight).