Laman sesawang Ottimo Technologies Sdn. Bhd. kini tidak lagi aktif, apakah maksudnya?

Ottimo Technologies Sdn. Bhd. merupakan pengeluar motosikal berjenama tempatan, yang sebelum ini tampil dengan model pertama keluarannya Ottimo Viz 110.

Ottimo Viz 110 merupakan sebuah model kapcai yang dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Disember 2018 yang lalu, dengan harga tunainya pada Oktober 2021 ialah sebanyak RM 3,650.00 sahaja.

Kemudiannya pada bulan yang sama, syarikat tersebut telah menyiarkan sebuah video teaser yang memaparkan pembangunan sebuah model moped terbaharu.

Berdasarkan maklumat awal, model moped itu bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2022, namun sehingga kini ianya belum menjadi kenyataan.

Terkini sejak beberapa bulan yang lepas, khabar mengenai syarikat Ottimo ini semakin sepi, sejak laman sesawang rasmi mereka tidak lagi aktif.

Laman sesawang itu yang beralamat di URL https://ottimo.my/ kini tidak lagi dapat diakses, begitu juga laman Facebook Ottimo yang tidak lagi dikemaskini sejak 10hb. Julai 2022.

Setakat ini tidak pasti kenapa syarikat pengeluar motosikal yang beralamat di No. D14, Susur Kanan Cendana 4, Jalan Cendana 4, Taman Cendana, 08000, Sungai Petani, Kedah Darul Aman itu tidak lagi aktif dan semakin menyepi.

Antara kemungkinannya ialah syarikat tersebut telah pun ditutup, mungkin kerana tidak lagi mampu bersaing dengan syarikat-syarikat pengeluar motosikal yang lain.

Sememangnya di pasaran Malaysia pada ketika ini telah terdapat banyak syarikat-syarikat pengeluar motosikal, dengan pelbagai jenis model ditawarkan.

Apa pun diharapkan Ottimo masih mengekalkan perniagaannya di pasaran tempatan, dan mana tahu tiba-tiba sahaja syarikat itu muncul dengan model terbaharu.

Artikel berkaitan :