Dalam bulan Mac 2023 yang lepas, model sport bike yang bergaya sporty iaitu Yamaha YZF-R25 2023 telah diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, dengan warna baharu.
Model tersebut kini tampil dengan warna baharu Midnight Star, di samping pilihan warna terdahulu Racing Blue. Harga asas yang ditawarkan ialah sebanyak RM 22,998.00.
Yamaha YZF-R25 2023 dilengkapi enjin 249cc (4-lejang, 8-injap, DOHC, sejukan cecair, 2 silinder sebaris) dengan gandingan sistem transmisi enam kelajuan yang lancar.
Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin itu mencapai 35.5hp @ 12,000rpm dengan tork setinggi 22.6Nm @ 10,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya 14.3 liter.
Yamaha YZF-R25 2023 seterusnya dilengkapi fork depan jenis USD, suspensi belakang monoshock, dan tayar depan dan belakang bersaiz 110/70-R17 dan 140/70-R17.
Di bahagian brek, model tersebut dilengkapi brek cakera depan dan belakang bersama-sama sistem ABS Dual Channel. Tinggi tempat duduk berada pada paras 780 mm.
Model dengan berat isi 169 kg itu seterusnya dilengkapi ciri-ciri menarik seperti paparan panel meter digital LCD pelbagai informasi, dan sistem lampu LED sepenuhnya.
Dengan setiap pembelian Yamaha YZF-R25 2023 ini, tempoh jaminan yang ditawarkan ialah selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan, yang mana tiba lebih awal.
Di samping itu, tidak dilupakan ialah pembeli akan turut menerima kunci cakera Yamaha secara percuma daripada pengeluarnya iaitu Hong Leong Yamaha Motor (HLYM).