WMoto F15 2022 mampu milik, harga asas RM 5,999.00

Di pasaran Malaysia, salah sebuah model moped terbaharu dengan harga mampu milik ialah WMoto F15 2022, yang dilancarkan pada bulan Disember 2021 yang lalu.

Harga jualan asasnya sangat berpatutan iaitu sebanyak RM 5,999.00 sahaja, dan ianya didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Dark Blue, Green dan Turqoise.

WMoto F15 2022 dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 149.2cc dengan dua injap, SOHC, sistem suntikan bahan api, dan juga sistem penyejukan jenis udara.

Enjin yang bertaraf Euro 4 itu kemudiannya digandingkan dengan sistem transmisi lima kelajuan, dan menghasilkan 10.5hp @ 7,000rpm dengan tork 11Nm @ 5,500rpm.

Selanjutnya, WMoto F15 2022 memiliki tangki bahan api 5.5 liter, fork depan teleskopik, suspensi belakang tunggal, dan sistem brek cakera di roda depan dan belakang.

Tayar depan dan belakangnya bersaiz 70/90-R17 dan 100/70-R17, dengan paras tinggi tempat duduk hanya 770 mm. Sistem lampu model tersebut semuanya jenis LED.

Melengkapkan lagi spesifikasi WMoto F15 2022 ini ialah panel meter dengan ciri analog dan digital, dan port pengecas USB untuk kemudahan mengecas telefon bimbit.

Dengan reka bentuk yang sporty dan bergaya, di samping harga jualannya yang sangat berpatutan, WMoto F15 2022 ini pastinya salah satu pilihan yang paling berbaloi.