Benelli TNT25N 2023 dilancarkan dengan harga RM 12,998.00

Pasaran Malaysia pada bulan April 2023 yang lepas dengan rasminya menerima model Benelli TNT25N 2023, yang dilancarkan dengan harga jualan asas RM 12,998.00.

Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu Golden Yellow, Strength Red dan juga Power Black, yang menjadikan penampilannya begitu menarik dan sporty sekali.

Beralih ke bahagian enjin, Benelli TNT25N 2023 dilengkapi enjin 249cc (Single Cylinder, 4-stroke, 4-valve, DOHC, Liquid Cooled) dengan padanan transmisi enam kelajuan.

Enjin tersebut menawarkan kuasa maksimum 25.5hp @ 9,250rpm dengan tork 21.2Nm @ 8,000rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, tangki bahan apinya berkapasiti 13.5 liter.

Benelli TNT25N 2023 kemudiannya dilengkapi fork depan depan jenis terbalik, suspensi belakang tunggal, sistem brek cakera, sistem lampu LED, dan panel meter digital.

Di bahagian tayar, ianya berukuran 100/80-17 (depan) dan 130/70-17 (belakang). Tinggi tempat duduk jentera naked dengan berat 155 kg itu berada pada paras 780 mm.

Turut melengkapinya ialah suis lampu kecemasan. Jaminan pengeluar yang ditawarkan ialah selama tempoh 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan, yang mana tiba dahulu.

Untuk kemudahan pemiliknya nanti, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. juga menawarkan perkhidmatan untuk membeli alat ganti Benelli TNT25N 2023 secara di dalam talian.