Untuk pasaran domestik Jepun, model naked Suzuki Gixxer 250 2023 dengan rasminya telah diperkenalkan, dengan pilihan warna dan jalur grafik terbaharu yang menarik.
Dua pilihan warna tersebut ialah Matte Stella Blue Metallic yang merupakan skim warna terbaharu, manakala Matte Black Metallic merupakan warna dari musim sebelumnya.
Selain daripada perubahan warna dan jalur grafik, model naked yang sporty itu juga kini dilengkapi enjin yang lebih bersih dan patuh piawaian emisi terkini di pasaran Jepun.
Spesifikasi teknikal pula masih sama seperti model terdahulu Suzuki Gixxer 250 2021, seperti dikuasakan enjin 249cc (oil-cooled, 4-stroke, single-cylinder, SOHC, 4-valve).
Enjin dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan itu menghasilkan kuasa 26PS @ 9,300rpm (9,000rpm bagi model 2021), dengan tork maksimum 22Nm @ 7,300rpm.
Untuk pasaran Jepun, Suzuki Gixxer 250 2023 yang diimport dari negara India ini boleh dimiliki dengan harga 481,800 Yen, bersamaan nilai RM 16,156.73 (kadar semasa).