Kawasaki Malaysia akan melancarkan model baharu di acara Malaysia Autoshow 2023

Pameran automotif popular tempatan iaitu Malaysia Autoshow 2023 bakal berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, pada tarikh 4 sehingga 7 Mei 2023 akan datang.

Antara syarikat pengeluar motosikal tempatan yang akan menyertai acara tersebut ialah Kawasaki Malaysia, yang bakal melancarkan beberapa buah model terbaharu.

Setakat ini berdasarkan imej teaser yang dipaparkan di Facebook Kawasaki Malaysia, model-model yang akan dilancarkan itu ialah model-model di dalam siri KLX dan Z.

Bagaimanapun mungkinkah terdapat kejutan, kerana Kawasaki Malaysia dan Modenas sebelum ini dikhabarkan akan turut melancarkan model Modenas Ninja ZX-25R.

Jadi untuk semua peminat model-model motosikal Kawasaki, bolehlah berkunjung nanti ke tapak pameran Kawasaki Malaysia di MAEPS, Serdang, pada bulan Mei depan.

Mana tahu pelbagai model-model terbaharu yang menarik akan dilancarkan, di samping dapat melihat sendiri barisan model Kawasaki yang ditawarkan di pasaran Malaysia.