Kawasaki KLX150 SE 2024 tampil sporty di pasaran Indonesia

Kawasaki KLX150 SE 2024 merupakan model dual-purpose, dilancarkan untuk pasaran Indonesia bersama-sama Kawasaki KLX150 S 2024 dan Kawasaki KLX150 2024.

Sebagai varian teratas yang lebih sporty, empat pilihan warna menariknya ialah Delight Blue / Ebony, Neo Green / Ebony, Vivid Orange dan juga Shiny Yellow / Oriental Blue.

Selain itu, Kawasaki KLX150 SE 2024 juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik seperti Hand Guard, Frame Cover dan Skid Plate yang melindungi enjin.

Di bahagian suspensi, model tersebut seterusnya dilengkapi fork depan USD berwarna emas, yang menjadikan penampilannya lebih menyerlah berbanding dua varian lain.

Kawasaki KLX150 SE 2024 mempunyai tangki bahan api 6.9 liter. Saiz roda depan dan belakangnya 21 inci dan 18 inci. Enjinnya pula sama seperti KLX150 S dan KLX150.

Enjin 144cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valves) dengan sistem bahan api karburetor itu dipadankan transmisi lima kelajuan, dan menawarkan 12PS dengan tork 11.3Nm.

Untuk pasaran Indonesia, Kawasaki KLX150 SE 2024 yang diperkenalkan dalam bulan Februari 2023 yang lepas dijual dengan harga Rp. 39,500,000.00 (RM 11,719.69).