Dalam bulan Februari 2023 yang lepas, Kawasaki KLX150 2024 telah diperkenalkan di pasaran Indonesia, dengan harga Rp. 36,500,000.00, bersamaan RM 10,809.90.
Model tersebut merupakan versi naik taraf yang lebih menarik jika dibandingkan dengan model Kawasaki KLX150 S 2024, dan tampil dengan warna tunggal Lime Green.
Salah satu naik taraf yang diterima oleh KLX150 berbanding KLX150 S ialah fork depan USD (jarak travel 185 mm), berbanding fork depan teleskopik (jarak travel 175 mm).
Sepasang rodanya pula mempunyai diameter yang lebih besar iaitu 21 inci di bahagian depan (berbanding 19 inci), dan 18 inci di bahagian belakang (berbanding 16 inci).
Disebabkan perbezaan fork depan dan saiz roda, KLX150 seterusnya mempunyai jarak kelegaan bumi yang lebih tinggi iaitu 300 mm, berbanding 265 mm pada KLX150 S.
Spesifikasi lain antara kedua-dua model tersebut pula kekal sama, termasuklah prestasi enjin dengan janaan 12PS dan 11.3Nm, lampu depan LED dan panel meter digital.