CFMOTO 450NK bakal tiba di pasaran China tidak lama lagi

Menurut sumber terbaru, model naked terbaharu CFMOTO 450NK bakal dilancarkan di pasaran negara China tidak lama lagi. Setakat ini imej pertama model sporty berkenaan telah didedahkan, dan reka bentuk lampu depannya mirip model CFMOTO 800NK.

Berdasarkan maklumat dari Cycle World, CFMOTO 450NK merupakan kembar kepada model sport bike CFMOTO 450SR. Kedua-dua model berkongsi enjin, casis dan sistem suspensi yang sama, termasuklah persamaan beberapa spesifikasi dan ciri-ciri lain.

Berdasarkan imej di atas, CFMOTO 450NK dilengkapi sistem lampu LED, panel meter digital, fork depan jenis terbalik, sistem brek dengan ABS, dan reka bentuk keseluruhan yang sporty dan agresif. Setakat ini tarikh pelancarannya di China belum diketahui.

Untuk pasaran Malaysia, CFMOTO 450SR telah berada di pasaran bermula bulan Mac 2023 baru-baru ini, dengan harga asas RM 28,888.00. Oleh itu, dijangkakan selepas ini giliran model naked CFMOTO 450NK pula akan diperkenalkan di pasaran Malaysia.