Suzuki Gixxer 2023 dan Suzuki Gixxer SF 2023 dilancarkan di pasaran India, harga bermula dari RM 7,577.41

Pada bulan Februari 2023 yang lepas, Suzuki Motorcycle India Pvt. Ltd. (SMIPL) secara rasminya telah melancarkan model Suzuki Gixxer 2023 dan Suzuki Gixxer SF 2023.

Kedua-dua model dalam segmen naked dan full fairing itu kini didatangkan dengan skim warna terbaharu yang sama iaitu Glass Sparkle Black, Metallic Sonic Silver/Pearl Blaze Orange dan Metallic Triton Blue, di samping rekaan jalur grafik terkini yang menarik.

Kedua-dua model tersebut seterusnya dilengkapi teknologi baharu Suzuki Ride Connect Technology untuk sambungan ke telefon pintar, dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti ‘Missed Call Alert & Caller ID’, ‘Call, SMS & WhatsApp Alert’, ‘Turn-by-Turn Navigation’, ‘Speed Exceeding Alert’, ‘Phone Battery Level Display’, dan termasuklah ‘ETA Updates’.

Suzuki Gixxer 2023 dan Suzuki Gixxer SF 2023, kedua-duanya mempunyai enjin 155cc (4-stroke, 1-cylinder, air-cooled, SOHC) dengan transmisi lima kelajuan. Keluaran kuasa yang dihasilkannya mencapai 13.6PS @ 8,000rpm dengan tork 13.8Nm @ 6,000rpm.

Antara ciri-ciri menarik lain yang melengkapi kedua-dua model itu adalah seperti panel meter digital, lampu depan dan belakang LED, fork depan 41 mm, dan sistem brek ABS. Suzuki Gixxer mempunyai berat 141 kg, manakala berat Gixxer SF mencapai 148 kg.

Untuk pasaran India, Suzuki Gixxer 2023 ditawarkan dengan harga jualan INR 140,500 (RM 7,577.41), dan harga Suzuki Gixxer SF 2023 ialah INR 145,500 (RM 7,847.07).

Galeri : Suzuki Gixxer 2023

Galeri : Suzuki Gixxer SF 2023