Pada penghujung tahun lepas, KTM 390 Duke 2023 dengan rasminya diumumkan telah menerima dua pilihan warna baharu, menjadikan penampilannya kini lebih sporty.
Di bahagian teknikal pula, jentera naked yang agresif itu masih mengekalkan spesifikasi dan ciri-ciri yang sama, seperti mana model terdahulu iaitu KTM 390 Duke 2021.
Antaranya ialah enjin 373cc (single-cylinder, 4-stroke, DOHC, 4-valve) dengan transmisi enam kelajuan dan PASC Slipper Clutch, yang menjana 44hp dengan tork 37Nm.
Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah sistem Ride-by-Wire, fork depan USD WP Apex 43 mm, suspensi belakang monoshock WP Apex dengan ciri pelarasan prabeban, serta sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, bersama-sama mod Supermoto ABS.
Ciri-ciri menarik lain termasuklah sistem lampu LED, panel instrumen TFT, tayar bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17, tinggi tempat duduk 830 mm, dan tangki petrol 13.4 liter.