Model sport bike Yamaha YZF-R3 2023 di pasaran Jepun kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu yang cukup menarik dan sporty iaitu Purple, Blue dan Black.
Ketiga-tiga pilihan warna tersebut sebenarnya adalah sama dengan warna baharu yang diperkenalkan pada model Yamaha YZF-R25 2023 di pasaran Jepun sebelum ini.
Malah Yamaha YZF-R25 2023 di pasaran Malaysia pada bulan Mac 2023 baru-baru ini turut diperkenalkan dengan warna Purple dan Blue yang sama, tanpa warna Black.
Selain daripada skim warna terbaharu, Yamaha YZF-R3 2023 di pasaran Jepun itu juga kini dilengkapi enjin yang lebih mesra alam dan patuh piawaian emisi paling terkini.
Selain itu, ianya turut ditawarkan pilihan aksesori Quick Shifter untuk operasi penukaran gear yang lebih lancar. Spesifikasi teknikal lain pula kekal sama seperti sebelumnya.
Antaranya termasuklah enjin bersesaran 320cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valve, in-line, 2-cylinder) dengan prestasi 42PS @ 10,750rpm dan tork 30Nm @ 9,000rpm.
Selain itu ialah sistem lampu LED, paparan panel meter digital LCD, sistem brek cakera dengan ABS, tayar bersaiz 110/70-17 dan 140/70-17, dan tangki bahan api 14 liter.
Untuk pasaran Jepun, Yamaha YZF-R3 2023 ini ditawarkan dengan harga 726,000 Yen (RM 24,059.94). Ianya akan berada di pasaran secara rasmi mulai 10hb. Mei 2023.