Pasaran Thailand baru-baru ini dengan rasminya menerima pelancaran model Yamaha YZF-R15 2023, yang kini tampil dengan satu pilihan warna baharu Aggressive Gray.
Tiga pilihan warna lain iaitu Icon Blue, Tech Black dan Icon Performance dibawakan dari model tahun 2022, bersama-sama spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang kekal serupa.
Dua pilihan varian yang ditawarkan pula ialah Connected dan Connected ABS, dengan harga masing-masing THB 118,000 (RM 15,212.18) dan THB 138,000 (RM 17,790.52).
Yamaha YZF-R15 2023 dikuasakan enjin bersesaran 155.09cc (liquid cooled, 4-stroke, SOHC, 4 valves, VVA) dengan transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Enjin itu menjana kuasa maksimum 19hp @ 10,000rpm dengan tork puncak 14.7Nm @ 8,500rpm. Tangki bahan apinya yang tersedia mempunyai kapasiti maksimum 11 liter.
Antara ciri-ciri menarik pada model sport bike tersebut ialah sistem lampu LED, paparan panel meter digital LCD, teknologi Yamaha Y-Connect, dan fork depan upside-down.
Bagi varian Connected ABS, ianya mempunyai sistem brek ABS, Quick Shifter, Traction Control System (TCS), YZR-M1 Styled Triple Clamp dan Big Bike Engine Switch Off.