Kawasaki KLX150SM 2024 dilancarkan di pasaran Indonesia

Jentera supermoto terbaharu Kawasaki KLX150SM 2024 dengan rasminya dilancarkan di pasaran Indonesia, dengan harga sebanyak Rp. 36,900,000 (RM 10,936.68).

Hanya satu pilihan warna ditawarkan iaitu Firecracker Red. Model berkenaan dilengkapi enjin 144cc (air-cooled, 4-stroke single, SOHC, 2 valves) dengan sistem karburetor.

Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi lima kelajuan, menawarkan kuasa maksimum 12PS @ 8,000rpm dengan tork maksimum 11.3Nm @ 6,500rpm.

Sistem suspensinya ialah fork depan jenis terbalik 35 mm dengan travel 175 mm, diikuti suspensi belakang ‘Uni Trak, single shock with adjustable spring preload’ dengan travel 192 mm. Tayar depan dan belakangnya pula bersaiz 100/80-R17 dan 120/70-R17.

Untuk keselamatan, ianya dilengkapi sistem brek cakera depan dan belakang. Beratnya hanya 119 kg (curb weight), dan tangki bahan apinya hadir dengan kapasiti 6.9 liter.

Penampilan jentera supermoto Kawasaki KLX150SM 2024 ini seterusnya dilengkapkan dengan lampu depan LED yang terang, di samping gaya rekaannya yang sporty.