Warna baharu Honda CBR150R 2023 di pasaran Vietnam

Di pasaran Vietnam, Honda CBR150R 2021 diperkenalkan pada bulan September 2021 yang lalu. Kini model sport bike tersebut diperkenalkan pula dalam versi tahun 2023.

Honda CBR150R 2023 untuk pasaran Vietnam hadir dalam tiga versi seperti Standard, Special dan Sport, masing-masing dengan warna Black Red, Black Gray dan Red.

Berikut ialah harga jualan yang ditawarkan untuk ketiga-tiga pilihan warna tersebut :

  • Black Red : VND 72,290,000 (RM 13,575.00)
  • Black Gray : VND 73,290,000 (RM 13,762.79)
  • Red : VND 73,790,000 (RM 13,856.68)

Di bahagian teknikal, tiada sebarang perubahan baharu yang diperkenalkan, dan ianya masih sama seperti model tahun sebelumnya. Honda CBR150R 2023 dikuasakan enjin 149.2cc (liquid-cooled, 1-cylincer, DOHC, 4-valve) dengan transmisi enam kelajuan.

Melengkapkan lagi spesifikasi menariknya termasuklah Assist & Slipper Clutch, kapasiti tangki bahan api 12 liter, fork depan USD, sistem brek dengan ABS dua saluran, sistem lampu LED, panel meter digital, dan juga sistem lampu Emergency Stop Signal (ESS).

Honda CBR150R berdiri di atas tayar depan dan belakang yang masing-masing bersaiz 100/80-17 dan 130/70-17. Tinggi tempat duduknya 788 mm, dan berat hanya 139 kg.

Untuk pasaran Vietnam, model tersebut akan berada di pasaran mulai tarikh 23hb. April 2023. Tempoh jaminan yang ditawarkannya ialah 3 tahun atau 30,000 km perjalanan.

Sementara itu di pasaran negara kita Malaysia, Honda CBR150R Repsol Edition 2022 telah dilancarkan pada bulan Julai 2022, dengan harga asas sebanyak RM 13,499.00.