Model cruiser Kawasaki Eliminator 400 2023 buat pertama kalinya telah diperkenalkan di pasaran domestik Jepun, dalam dua pilihan varian iaitu Standard dan SE.
Terkini model tersebut secara rasmi telah dilancarkan di pasaran Thailand baru-baru ini, dalam varian Standard sahaja dengan satu pilihan warna Metallic Flat Spark Black.
Untuk pasaran Thailand, harga jualannya yang ditetapkan ialah sebanyak THB 224,900, bersamaan nilai RM 28,883.89 (kadar semasa) yang boleh dikatakan berpatutan.
Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri pada Kawasaki Eliminator 400 2023 di pasaran Thailand adalah didapati sama dengan varian Standard yang ditawarkan di pasaran Jepun.
Antaranya enjin berkapasiti 399cc (liquid-cooled, 4-stroke parallel twin, DOHC, 8 valves) dengan gandingan sistem transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.
Enjin dua silinder itu menawarkan kuasa maksimum 48PS @ 10,000rpm dan tork 37Nm @ 8,000rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 12 liter untuk perjalanan lebih jauh.
Spesifikasi menariknya yang lain termasuklah sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS, ketinggian tempat duduk pada paras 735 mm, dan berat hanya 176 kg.
Selain itu ianya juga dilengkapi sistem lampu LED, panel instrumen digital LCD dengan pelbagai informasi penting, dan sistem sambungan Bluetooth ke telefon pintar.