Pada pertengahan bulan Mac 2023 baru-baru ini, pasaran Thailand secara rasmi telah menerima pelancaran model bergaya scrambler terbaharu Honda CL300 2023.
Model tersebut sebenarnya adalah sama dengan model Honda CL250 2023 di pasaran Jepun, namun bezanya CL300 mempunyai enjin yang lebih besar bersesaran 286cc.
Enjin satu silinder DOHC dengan sistem penyejukan cecair itu seterusnya digandingkan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan juga Assist & Slipper Clutch. Jumlah kuasa dan tork maksimum yang dihasilkan oleh enjin itu bagaimanapun tidak didedahkan.
Spesifikasi lain pada Honda CL300 2023 antaranya ialah fork depan teleskopik 41 mm, suspensi belakang berkembar, dan sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel.
Tangki bahan apinya berkapasiti 12 liter. Tayar depan dan belakangnya masing-masing bersaiz 110/80-19 dan 150/70-17. Tinggi tempat duduk berada pada paras 790 mm.
Melengkapkan lagi model tersebut ialah sistem lampu LED, panel instrumen digital LCD kompak dengan pelbagai informasi, dan sistem lampu Emergency Stop Signal (ESS).
Untuk pasaran Thailand, harga jualan Honda CL300 2023 ini ditetapkan sebanyak THB 149,900, bersamaan nilai RM 19,470.73, dengan tiga pilihan warna yang menarik.