Honda Dio110 2023 terima varian Basic di pasaran Jepun

Model skuter terbaharu Honda Dio110 2023 telah diperkenalkan di pasaran Jepun pada bulan Februari yang lepas, dan kini telah menerima varian tambahan Dio110 Basic.

Bagi varian Honda Dio110, model berkenaan kini didatangkan satu pilihan warna sahaja iaitu Matte Dim Gray Metallic. Spesifikasinya masih sama seperti model tahun 2022.

Varian terbaharu Honda Dio110 Basic pula hadir dengan tiga pilihan warna kesemuanya iaitu Pearl Jupiter Gray, Pearl Jasmine White, dan juga Matte Galaxy Black Metallic.

Perbezaan pada varian Dio110 Basic ialah ianya tidak dilengkapi dengan sistem Honda Smart Key, sebaliknya hanya dilengkapi sistem kunci biasa dengan ciri anti-kecurian.

Honda Dio110 dikuasakan enjin eSP bersesaran 109cc (air-cooled 4-stroke OHC single cylinder) dengan teknologi Idling Stop, dan enjin itu kini patuh piawaian emisi terkini.

Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 8.7PS @ 7,500rpm dengan tork 9Nm @ 5,750rpm. Model seberat 96 kg itu kemudiannya dilengkapi tangki bahan api 4.9 liter.

Untuk pasaran Jepun, Dio110 2023 ditawarkan dengan harga 253,000 Yen, bersamaan RM 8,557.71, dan Dio110 Basic 2023 berharga sebanyak 217,800 Yen (RM 7,367.07).