Salah sebuah model bergaya retro yang ditawarkan di pasaran Malaysia pada ketika ini ialah Keeway K-Light 202, yang sebelum ini dilancarkan pada tahun 2017 yang lalu.
Berdasarkan paparan terkini di dalam laman sesawang MForce Bike Holdings, Keeway K-Light 202 mempunyai tiga pilihan warna menarik iaitu Merah, Hitam dan Kelabu.
Namun begitu harga jualan asasnya pada ketika ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Menurut maklumat dari Mudah.my, ianya ditawarkan sekitar RM 8,000.00+ sahaja.
Keeway K-Light 202 dikuasakan enjin bersesaran 197cc (1-Cylinder, 4 Stroke, OHV, Oil Cooled), yang kemudiannya bergandingan dengan sistem transmisi lima kelajuan.
Enjin empat lejang dengan sistem penyampaian bahan api jenis karburetor itu menjana kuasa maksimum 12.9hp @ 7,500rpm, dengan tork maksimum 13Nm @ 6,000rpm.
Keeway K-Light 202 seterusnya mempunyai sistem brek cakera, tempat duduk dengan ketinggian 715 mm, tangki petrol 11.8 liter, dan saiz tayar 90/90-17 dan 130/90-15.
Berat keringnya ialah 143.5 kg. Untuk peminat motosikal cruiser bergaya retro, Keeway K-Light 202 dengan harga mampu milik ini pastinya merupakan pilihan yang sesuai.