Boon Siew Honda melancarkan model Honda X-ADV 2023

Pada bulan Februari 2023 yang lepas, Boon Siew Honda secara rasminya melancarkan model skuter adventure Honda X-ADV 2023, yang kini tampil dengan warna baharu.

Warna terbaharu itu ialah Shasta White, yang kini ditawarkan bersama-sama dua warna terdahulu dari model 2022 iaitu Mat Ballistic Black Metallic dan Pearl Deep Mud Gray.

Untuk pasaran Malaysia, Honda X-ADV 2023 kini ditawarkan dengan harga jualan asas sebanyak RM 68,899.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

Honda X-ADV dikuasakan enjin 745cc (liquid-cooled, 4-stroke, 8-valve, SOHC, parallel 2-cylinder) yang menghasilkan 58.6PS @ 6,750rpm dengan tork 69Nm @ 4,750rpm.

Antara ciri-ciri menarik yang melengkapinya termasuklah sistem lampu LED, meter TFT 5.0 inci dengan Honda Smartphone Voice Control System, pengecas USB, dan Throttle By Wire (TBW) dengan mod tunggangan Rain, Standard, Gravel, Sport dan juga User.

Melengkapkan ciri-ciri keselamatan model skuter adventure itu ialah Honda Selectable Torque Control (HSTC), sistem ABS Dual Channel dan Emergency Stop Signal (ESS).